Saturday, November 6, 2010

Sistem Pengurusan dan Pentadbiran

Sistem pengurusan dan pentadbiran bagi sesebuah PDK perlulah mantap dan cekap. Antara keperluannya ialah kerjasama  daripada semua Ahli Jawantankuasa (AJK) dalam organisasi sesebuah PDK. PDK ini juga telah mempunyai seorang setiausaha yang akan membantu penyelia PDK untuk menguruskan sistem pentadbiran dan menjalankan kerja-kerja perkeranian di PDK ini dengan lebih teratur.
PDK ini juga menetapkan bahawa setiap hari Selasa pada setiap minggu , satu mesyuarat antara AJK PDK ini untuk membincangkan tentang program serta perkara –perkara yang akan dijalankan serta masalah yang dihadapi oleh PDK. Dengan ini, sistem pengurusan dan pentadbiran ini akan dapat dikendalikan dengan sistematik.

Kurikulum
            Di PDK Rumah Payung  tidak mempunyai kurikulum yang khas atau khusus untuk mengajar pelatih PDK Rumah Payung. Di PDK ini hanya ditekankan terapi untuk membolehkan pergerakan anggota tubuh badan para pelatih. Hal ini adalah kerana kebanyakan mereka masih lagi kecil dan hanya berada dalam keadaan terbaring dan tidak langsung berusaha mengerakkan anggota badan mereka jika tidak diberi galakan dan sokongan sepenuhnya.
            Selain itu, di PDK ini juga mengalakkan konsep bersosial di kalangan pelatih-pelatih di PDK ini. Hal ini supaya para pelatih sentiasa gembira dan bergaul antara satu sama lain. Dengan ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk beramah mesra dengan orang luar dan tidak malu atau mudah menangis apabila bertemu dengan orang luar.

No comments:

Post a Comment