Antara cabaran yang dihadapi dalam PDK Rumah Payung semasa penubuhannya adalah tiada peruntukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hal ini adalah kerana PDK ini belum lagi mendapat kelulusan secara rasmi daripada Jabatan Kebajikan. Tetapi dengan kerjasama dan usaha keras AJK dan kakitangan Rumah PDK Rumah Payung, PDK ini berjaya mendapat bantuan kewangan daripada Cyberview dan juga Jabatan Kota Raya(JKR).
Manakala bagi masalah dengan komuniti yang lain khususnya penduduk yang tinggal di sekitarnya seolah-olah tidak mempedulikan atau mengambil tahu tentang aktiviti PDK yang dijalankan di situ. Hal ini mungkin kerana mereka tiada kaitan dengan PDK tersebut atau mereka kurang maklumat atau kefahaman tentang konsep PDK iaitu Pemulihan Dalam Komuniti.
Selain itu, masalah yang dihadapi oleh PDK ini adalah sesetengah ibubapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya ini tidak mahu menghantar anak mereka ke PDK untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di PDK seperti terapi. Pdk ini juga mengambil beberapa langkah dengan mancari kawan atau kenalan yang rapat dengan waris kanak-kanak kurang upaya ini untuk menasihatkan mereka untuk menghantar anak-anak mereka ini ke PDK untuk mendapatkan rawatan pemulihan di PDK.
No comments:
Post a Comment