Saturday, November 6, 2010

Program Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Rumah Payung Bbst 2010

Matlamat utama PDK Rumah Payung Bandar Baru Salak Tinggi pada 2010 ialah:
                    i.            Membaikpulih bangunan PDK yang baru di terima daripada pihak Pejabat Daerah Sepang. Bangunan ini perlu diubahsuai untuk memenuhi spesifikasi keselamatan dan teknikal bagi OKU.

Anggaran kos bagi membaikpulih pusat PDK  ini termasuk kerja-kerja bangunan, pendawaian elektrik, paip air, pagar dan lain-lain kerja berkaitan dianggarkan sebanyak RM 70,000.

Pada masa ini kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan dengan bantuan pihak Jabatan Kerja Raya(JKR) Daerah Sepang yang menyumbangkan sebanyak RM 40,000 di dalam bentuk kontrak kerja-kerja bangunan, pendawaian elektrik dan paip sahaja.

Dana tambahan sebanyak RM 30,000 masih diperlukan untuk prasarana lain seperti pagar dan landskap.

                  ii.            Menyediakan alat-alat bagi program pemulihan OKU sepertimana yang telah dicadangkan oleh pihak  Jabatan Kesihatan Sepang, JKM dan pihak perunding.
                iii.            Menambah jumlah pelatih kepada kira-kira 50 orang dan guru dan pemandu seramai 7 orang.

Ini akan meningkatkan kos pembayaran elaun guru dan pemandu

                iv.            Membeli satu unit van bagi mengambil dan menghantar pulang para pelatih yang sebahagian besarnya berasal daripada keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah.
                  v.            Mengadakan lawatan ke pusat PDK yang telah Berjaya menimba pengalaman.
                vi.            Mengukuhkan kewangan PDK dengan melancarkan program untuk mengumpul Dana Simpanan Tetap bagi mencapai wawasan PDK untuk berdikari dalam jangka panjang.

PDK bercadang untuk mengumpul dana sebanyak RM 2 juta bagi disimpan di dalam Simpanan Tetap di institusi kewangan berdaftar untuk menjana pendapatan tahunan untuk kos operasi dan penyelenggaraan PDK.

No comments:

Post a Comment