Saturday, November 6, 2010

SejaRah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Rumah Payung Bandar Baru Salak Tinggi

LATAR BELAKANG PDK RUMAH PAYUNG BANDAR BARU SALAK TINGGI

Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) adalah pusat penempatan baru di dalam Daerah Sepang, dan mempunyai 15 taman perumahan dan 5 kampung tradisi di sekelilingnya. Jumlah penduduk di dalam Bandar Baru Salak Tinggi dan  kampung di sekitarnya dianggarkan seramai 80,000 orang. 
PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Rumah Payung BBST telah ditubuhkan pada 1 hb Disember  2008 di dalam mesyuarat  bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sepang, para sukarelawan dan ibu bapa yang mempunyai anak-anak Kurang Upaya (OKU).
PDK Rumah Payung BBST telah memulakan operasinya pada Januari 2009 dengan menyewa sebuah bangunan sementara dengan alatan terapi  asas sahaja.  Selepas memperolehi dana daripada Cyberview yang berjumlah sebanyak RM 10,000, PDK Rumah Payung telah dipindahkan ke sebuah bangunan yang lain iaitu bangunan kepunyaan PDK Rumah Payung sendiri dan tidak memerlukan penyewaan.  Bangunan tersebut adalah bangunan yang  sedia ada seperti sekarang setelah diperbaiki dan dibaik pulih menjadi sebuah bangunan yang selesa untuk menjalankan aktiviti pemulihan dalam komuniti bagi golongan yang tidak berkeupayaan.
Selain itu, JKR juga telah bermurah hati memberi dana sebanyak RM200,000 untuk pembangunan PDK Rumah Payung ini. Dengan dana inilah , pihak PDK  membina pagar di sekeliling kawasan tersebut untuk keselamatan pelatih di situ daripada gangguan khususnya gangguan haiwan liar seperti anjing yang sering berkeliaran di kawasan tersebut.
Pada Disember 2009 terdapat seorang guru terlatih dan 15 pelatih OKU yang menjalani latihan pemulihan selama 5 hari seminggu. Manakala,  jumlah terkini  bilangan kakitangan di PDK Rumah Payung pada  Ogos 2010 adalah seorang guru terlatih, seorang setiausaha yang akan menguruskan pengurusan pentadbiran PDK ini dan 20 pelatih OKU yang berdaftar dan menjalani latihan permulihan di sini.

No comments:

Post a Comment