Saturday, November 6, 2010

Sistem Pengurusan dan Pentadbiran

Sistem pengurusan dan pentadbiran bagi sesebuah PDK perlulah mantap dan cekap. Antara keperluannya ialah kerjasama  daripada semua Ahli Jawantankuasa (AJK) dalam organisasi sesebuah PDK. PDK ini juga telah mempunyai seorang setiausaha yang akan membantu penyelia PDK untuk menguruskan sistem pentadbiran dan menjalankan kerja-kerja perkeranian di PDK ini dengan lebih teratur.
PDK ini juga menetapkan bahawa setiap hari Selasa pada setiap minggu , satu mesyuarat antara AJK PDK ini untuk membincangkan tentang program serta perkara –perkara yang akan dijalankan serta masalah yang dihadapi oleh PDK. Dengan ini, sistem pengurusan dan pentadbiran ini akan dapat dikendalikan dengan sistematik.

Kurikulum
            Di PDK Rumah Payung  tidak mempunyai kurikulum yang khas atau khusus untuk mengajar pelatih PDK Rumah Payung. Di PDK ini hanya ditekankan terapi untuk membolehkan pergerakan anggota tubuh badan para pelatih. Hal ini adalah kerana kebanyakan mereka masih lagi kecil dan hanya berada dalam keadaan terbaring dan tidak langsung berusaha mengerakkan anggota badan mereka jika tidak diberi galakan dan sokongan sepenuhnya.
            Selain itu, di PDK ini juga mengalakkan konsep bersosial di kalangan pelatih-pelatih di PDK ini. Hal ini supaya para pelatih sentiasa gembira dan bergaul antara satu sama lain. Dengan ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk beramah mesra dengan orang luar dan tidak malu atau mudah menangis apabila bertemu dengan orang luar.

Cabaran dan masalah dalam PDK dan dengan komuniti

Antara cabaran yang dihadapi dalam PDK Rumah Payung semasa penubuhannya adalah tiada peruntukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hal ini adalah kerana PDK ini belum lagi mendapat kelulusan secara rasmi daripada Jabatan Kebajikan. Tetapi dengan kerjasama dan usaha keras AJK dan kakitangan Rumah PDK Rumah Payung, PDK ini berjaya mendapat bantuan kewangan daripada Cyberview dan juga Jabatan Kota Raya(JKR).
            Manakala bagi masalah dengan komuniti yang lain khususnya penduduk yang tinggal di sekitarnya seolah-olah tidak mempedulikan atau mengambil tahu tentang aktiviti PDK yang dijalankan di situ. Hal ini mungkin kerana mereka tiada kaitan dengan PDK tersebut atau mereka kurang maklumat atau kefahaman tentang konsep PDK iaitu Pemulihan Dalam Komuniti.
            Selain itu, masalah yang dihadapi oleh PDK ini adalah sesetengah ibubapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya ini tidak mahu menghantar anak mereka ke PDK untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di PDK seperti terapi. Pdk ini juga mengambil beberapa langkah dengan mancari kawan atau kenalan yang rapat dengan waris kanak-kanak kurang upaya ini untuk menasihatkan mereka untuk menghantar anak-anak mereka ini ke PDK untuk mendapatkan rawatan pemulihan di PDK.

Aktiviti yang dijalankan di PDK

Antara aktiviti yang dijalankan oleh PDK Payung ialah  penyampaian elaun kepada pelatih yang diadakan pada 9 Mac 2010. Elaun ini adalah elaun untuk pelatih daripada bulan Januari hingga Disember pada tahun 2009. Seterusnya pada 6 Julai 2010 telah diadakan lawatan AJK ke Jabatan Rehabilitasi di Hospital Serdang. Lawatan ini hanya melibatkan
            Selain itu, lawatan daripada Cyberview pada tarikh 17 Ogos 2010. Lawatan ini adalah untuk melawat keadaan PDK Rumah Payung yang sangat memerlukan bantuan dan kemudahan yang mencukupi serta  beramah mesra bersama pelatih-pelatih pdk, ibu bapa serta kakitangan pdk tersebut. Di samping itu juga adalah untuk menyampaikan dana kepada PDK Rumah Payung sebanyak RM 5000,000. Pada 29 Ogos 2010, Cyberview telah mengadakan Majlis Buka bersama Cybeview dan menjemput seluruh warga PDK Rumah Payung untuk turut bersama.

Penyelia, Petugas dan Pelatih PDK

Penyelia bagi PDK Rumah Payung adalah Puan Siti Hajar Binti Dollah. Beliau juga merupakan guru yang mengajar  di pdk tersebut. Di pdk tersebut juga mempunyai seorang setiausaha  yang bertugas untuk menguruskan serta melicinkan sistem pentadbiran pdk tersebut iaitu Puan Norhaizan Ahmad Solikhin.

Manakala jumlah pelatih PDK Rumah Payung ini adalah seramai 17 orang. Jumlah pelatih yang datang ke pdk tersebut untuk membuat terapi ialah lima belas orang , manakala yang mendapat perkhidmatan  pdk di rumah adalah seramai 5 orang. Bagi pelatih yang mendapat rawatan pdk di rumah pihak pdk akan mengadakan’ home visit’ atau lawatan dari rumah ke rumah  pada setiap hari jumaat .

Jawatankuasa Pentadbir PDK Rumah Payung

            PENGERUSI
            Y.M. Tunku To’ Puan Nor Mazini Binti Raja Kamelludin

            SETIAUSAHA
            En. Mohd Jamal Bin Haji Jamal

            BENDAHARI
            En. Khawari  Bin Ghazali

             AJK
             En. Rosli  Bin Hashim
             Puan Nur Azlinah Kek Abdullah
             Pn. Nazilah  Binti Nesa
             Puan Rohaya  Binti Dato’ Mohd Shahir
             En. Yahya Mohd Binti Yusof
                                                  
             PENYELIA
             Puan Siti Hajar  Binti Dollah

Program Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Rumah Payung Bbst 2010

Matlamat utama PDK Rumah Payung Bandar Baru Salak Tinggi pada 2010 ialah:
                    i.            Membaikpulih bangunan PDK yang baru di terima daripada pihak Pejabat Daerah Sepang. Bangunan ini perlu diubahsuai untuk memenuhi spesifikasi keselamatan dan teknikal bagi OKU.

Anggaran kos bagi membaikpulih pusat PDK  ini termasuk kerja-kerja bangunan, pendawaian elektrik, paip air, pagar dan lain-lain kerja berkaitan dianggarkan sebanyak RM 70,000.

Pada masa ini kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan dengan bantuan pihak Jabatan Kerja Raya(JKR) Daerah Sepang yang menyumbangkan sebanyak RM 40,000 di dalam bentuk kontrak kerja-kerja bangunan, pendawaian elektrik dan paip sahaja.

Dana tambahan sebanyak RM 30,000 masih diperlukan untuk prasarana lain seperti pagar dan landskap.

                  ii.            Menyediakan alat-alat bagi program pemulihan OKU sepertimana yang telah dicadangkan oleh pihak  Jabatan Kesihatan Sepang, JKM dan pihak perunding.
                iii.            Menambah jumlah pelatih kepada kira-kira 50 orang dan guru dan pemandu seramai 7 orang.

Ini akan meningkatkan kos pembayaran elaun guru dan pemandu

                iv.            Membeli satu unit van bagi mengambil dan menghantar pulang para pelatih yang sebahagian besarnya berasal daripada keluarga yang mempunyai pendapatan yang rendah.
                  v.            Mengadakan lawatan ke pusat PDK yang telah Berjaya menimba pengalaman.
                vi.            Mengukuhkan kewangan PDK dengan melancarkan program untuk mengumpul Dana Simpanan Tetap bagi mencapai wawasan PDK untuk berdikari dalam jangka panjang.

PDK bercadang untuk mengumpul dana sebanyak RM 2 juta bagi disimpan di dalam Simpanan Tetap di institusi kewangan berdaftar untuk menjana pendapatan tahunan untuk kos operasi dan penyelenggaraan PDK.

Wawasan Pusat Pemulihan dalam Komuniti Rumah Payung

Wawasan utama PDK Rumah Payung BBST ialah untuk:

        i.            -   Menyediakan pusat pemulihan harian yang dilengkapi dengan prasarana dan guru yang terlatih bagi  
              OKU di BBST dan kawasan sekitarnya.

      ii.         -   Memenuhi cita-cita kerajaan untuk menjadikan gologan OKU sebagai sebahagian  daripada  ahli masyarakat yang memberi sumbangan kepada pembangunan negara mengikut tahap keupayaan masing-masing.

- Mengukuhkan kewangan PDK Rumah Payung BBST supaya boleh berdikari  dan meneruskan bakti memulihkan para pelatihnya